Empat maut termasuk seorang bayi dalam kemalangan di Gerik

HomeFeaturedBerita Semasa

Empat maut termasuk seorang bayi dalam kemalangan di Gerik

IPOH,. Empat termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik, har

CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid
LEBIH 3,600 SEKOLAH DI 11 WILAYAH DITUTUP AKIBAT HUJAN LEBAT
BAS CAUSEWAY LINK SINGAPURA-JB TANPA TUNAI MULAI 20 OGOS

IPOH,. Empat termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Penolong Penguasa Bomba Mohd Rais Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan jalan raya, melibatkan sebuah lori dengan dua kereta itu pada 12.56 tengah hari.

Beliau berkata kesemua mangsa yang maut membabitkan dua lelaki, seorang wanita, seorang bayi perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki, yang cedera berada dalam kereta jenis Perodua Axia.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit dalam kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rais berkata operasi tamat pada 2.38 petang.

— BERNAMA