Gempa bumi kuat 6.8 Melanda Sabah

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi kuat 6.8 Melanda Sabah

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi kuat 6.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, pada pukul 12.57 tengah malam.Jabatan Meteorol

EL NINO DIJANGKA MENJADI PALING KUAT DALAM REKOD – LAPORAN
Polis bongkar sindiket jadikan inap desa tempat simpanan dadah, tahan empat lelaki
Jabatan Perbendaharaan AS beri amaran pada insitusi kewangan tentang pengecualian minyak Iran

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi kuat 6.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, pada pukul 12.57 tengah malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur.

Gegaran dikesan pada jarak kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat, Sabah dengan kedalaman 678 kilometer.

Ia turut dirasai di sekitar Pantai Barat Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak.

Setakat ini, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi jabatan berkenaan termasuk laman sesawang mygempa.met.gov.my.

=GERBANGPOST

Sumber; MetMalaysia