Imigresen Sedia Hadapi Cabaran Lebih Besar – KP Imigresen
9 April 2020 – KAWALAN PERGERAKAN | migresen Sedia Hadapi Cabaran Lebih Besar Jabatan Imigresen siap sedia hadapi cabaran lebih besar selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, ini kerana petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus ketika ini akan berdepan satu lagi fasa yang lebih mencabar untuk memastikan COVID-19 dapat dihentikan.
Beliau menyeru semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan Imigresen Bersiap-siaga bagi memastikan apa juga peraturan dan dasar dasar baru yang akan di tetapkan oleh kerajaan nanti dapat di laksanakan dengan penuh jaya nya selaku agensi barisan hadapan negara. #StaySafe
CATEGORIES NASIONAL