Inisiatif Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah perkukuh ekosistem Malaysia – Tengku Zafrul

HomeFeaturedBerita Semasa

Inisiatif Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah perkukuh ekosistem Malaysia – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,. Inisiatif Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah dijangka memperkukuh ekosistem negara dengan memperdalam rantaian bekalan da

Wartawan main peranan penting perkukuh demokrasi, salur maklumat sahih – Fadillah
Kerja gaji tinggi, sesuai kelayakan fokus utama KESUMA – Ramanan
Taska disyaki langgar SOP, tidak berdaftar

KUALA LUMPUR,. Inisiatif Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah dijangka memperkukuh ekosistem negara dengan memperdalam rantaian bekalan dan memberi sokongan langsung terhadap pengembangan perusahaan tempatan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini berikutan Wilayah Tengah ini sudah mempunyai jaringan pembekal, logistik, makmal pengujian, institusi pengajian tinggi serta rakan inovasi.

Wilayah Tengah itu merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Sehubungan itu, tugas kita adalah untuk menghubungkan aset-aset ini, mengatasi jurang utama serta menumpukan sokongan awam bagi impak yang jelas.

“Masa depan perindustrian Malaysia tidak akan dibentuk oleh kejayaan terpencil, sebaliknya bagaimana kita dapat menghubungkan kekuatan-kekuatan ini merentasi sektor dan negeri-negeri…Wilayah Tengah ini mesti berperanan sebagai ekosistem pengeluaran yang lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Seminar Pelaburan Utama: Inisiatif Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah di sini, hari ini.

— BERNAMA