Jenazah Tun Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman di The Mines

HomeFeaturedBerita Semasa

Jenazah Tun Dr Siti Hasmah dibawa pulang ke kediaman di The Mines

KUALA LUMPUR,. Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.48 pagi ini untuk dibawa ke ke

Singapura naikkan kelayakan gaji EP, Pas S bermula 2027 – Lawrence Wong
Sektor perbankan Malaysia berdaya tahan walaupun berdepan tekanan tarif, dijangka kekal stabil pada 2026
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik

KUALA LUMPUR,. Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.48 pagi ini untuk dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Tinjauan BERNAMA di pekarangan IJN mendapati suasana pilu menyelubungi persekitaran pusat perubatan berkenaan sebaik kenderaan yang membawa jenazah isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bergerak menuju ke kediaman Allahyarham.

Antara ahli keluarga yang dilihat hadir di IJN ialah anak-anak Allahyarham iaitu Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.

Beberapa anggota polis bersama dengan pengawal keselamatan IJN turut ditempatkan di sekitar pintu masuk bagi mengawal pergerakan orang ramai serta memastikan aliran lalu lintas lancar.

Selain itu, petugas media turut kelihatan bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan terkini.

Setakat ini, pihak IJN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemergian Allahyarham.

Terdahulu, Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di IJN pagi ini pada usia 100 tahun.

— BERNAMA