Jerebu: 33 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

HomeFeaturedBerita Semasa

Jerebu: 33 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR,. Sejumlah 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.Menu

KOREA SELATAN HANTAR PASUKAN PENILAIAN KE SELAT HORMUZ
Wanita diganggu along: Empat lelaki ditahan
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari

KUALA LUMPUR,. Sejumlah 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Selangor mencatatkan enam kawasan IPU tahap tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196 diikuti Shah Alam (171), Banting (166), Petaling Jaya (163), Klang (160) dan Kuala Selangor (143).

Sembilan kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Kuching (191), Samarahan (183), IPD Serian (178), Sibu (160), Sarikei (159), Bintulu (155), Sri Aman (153) dan Mukah (124).

Lima kawasan di Johor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Tangkak (160), Segamat (158), Batu Pahat (155), Kluang (152), Larkin (128).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (181), Seremban (171), Port Dickson (159) sementara di Pahang hanya melibatkan Temerloh (151).

Tiga kawasan di Melaka turut mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Alor Gajah (164), Bukit Rambai (161) dan Bandaraya Melaka (152) manakala di Perak, bacaan tidak sihat direkodkan di Seri Manjung (175), Tasek Ipoh (171), Tanjung Malim (153) dan Pegoh Ipoh (152).

Turut mencatatkan bacaan sama ialah Cheras, Kuala Lumpur (166), Batu Muda, Kuala Lumpur (165), dan Putrajaya (174).

Sementara itu, 33 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

— BERNAMA