Presiden Korea Selatan Lee tegas tidak akan bertanding untuk penggal kedua

HomeFeaturedBerita Semasa

Presiden Korea Selatan Lee tegas tidak akan bertanding untuk penggal kedua

SEOUL,. Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan bagi penggal kedua, sekali gus menamatkan spek

Belgium catat kira-kira 2,000 lebihan kematian semasa gelombang haba
Jerry Ambuting bukan lagi Ahli Kehormat RELA sejak 2014
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT

SEOUL,. Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan bagi penggal kedua, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan pindaan perlembagaan bagi membolehkannya bertanding semula.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung pada Jumaat, Lee berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapatkan satu lagi penggal pemerintahan.

“Saya ingin nyatakan dengan tegas bahawa saya langsung tidak berniat untuk mendapatkan penggal berturut-turut,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan persoalan yang timbul mengenai kemungkinan Parti Demokratik pimpinan Lee, yang menguasai majoriti di parlimen, berusaha meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau bertanding semula.

Di bawah perlembagaan Korea Selatan ketika ini, presiden hanya dibenarkan memegang jawatan selama satu penggal lima tahun dan tidak boleh dipilih semula.

Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Lee menyatakan sokongannya terhadap cadangan reformasi sistem politik negara itu yang membolehkan presiden berkhidmat selama penggal empat tahun dengan peluang untuk dipilih semula, selain menyerahkan sebahagian kuasa presiden kepada parlimen.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perubahan terhadap sistem presiden tidak akan memberi manfaat kepada penyandang jawatan semasa kerana peruntukan perlembagaan menghalang presiden yang sedang memegang jawatan daripada menikmati pindaan sedemikian.

Dalam perkembangan lain, Lee berkata kerajaannya akan meneruskan usaha mengurangkan tumpuan pentadbiran dan ekonomi yang selama ini berpusat di Seoul.

Menurutnya, beliau mahu memperkukuh rancangan mewujudkan pusat ekonomi dan pusat politik yang berasingan, termasuk memperluas peranan bandar Sejong sebagai hab pentadbiran negara.

Sejong, yang terletak kira-kira 120 kilometer di selatan Seoul, kini menempatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan utama Korea Selatan.

Cadangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan kesesakan dan ketidakseimbangan pembangunan yang tertumpu di ibu negara.

— Agensi