MASJIDILHARAM SEDIA PERKHIDMATAN JAWAPAN PERTANYAAN DALAM 11 BAHASA

HomeFeaturedBerita Semasa

MASJIDILHARAM SEDIA PERKHIDMATAN JAWAPAN PERTANYAAN DALAM 11 BAHASA

MAKKAH,. The Presidency of Religious Affairs menyediakan perkhidmatan menjawab pertanyaan bagi jemaah umrah dan pengunjung Masjidilharam, dengan membe

Penyu belimbing mendarat, bertelur kali ketiga di pantai Terengganu
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
MOHAMAD HASAN KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE UNGA 81

MAKKAH,. The Presidency of Religious Affairs menyediakan perkhidmatan menjawab pertanyaan bagi jemaah umrah dan pengunjung Masjidilharam, dengan memberikan bimbingan mengenai hukum berkaitan ibadah dalam 11 bahasa menerusi talian telefon bebas tol khusus, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Sebagai sebahagian daripada kerangka khidmat nasihat institusi itu, perkhidmatan berkenaan membantu jemaah antarabangsa mendapatkan penjelasan mengenai amalan ibadah dan hukum-hakam dalam bahasa ibunda masing-masing bagi memastikan ibadah mereka dilaksanakan dengan sempurna.

Institusi itu menyediakan dua nombor bebas tol, 8001222100 dan 8001222400, bagi membolehkan jemaah menghubungi perkhidmatan itu secara langsung. Perkhidmatan itu melengkapi teknologi pintar dan platform digital yang digunakan di seluruh Masjidilharam bagi menjawab pertanyaan berkaitan agama dalam 11 bahasa.

— BERNAMA-SPA