MDEC:  Agensi Pemacu Ekonomi Digital Negara Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat

MDEC: Agensi Pemacu Ekonomi Digital Negara Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat

TEMERLOH,. Semalam telah berlansungnya Program Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah Kementerian Digital (KD), Program yang berlasung selama dua hari sehingga ke hari ini,
menganjurkan siri ke-19 program Jelajah Saya Digital (JSD) bagi tahun 2024, bertempat di Semantan Walk, Bandar Sri Semantan, Temerloh.

Program kali ini dianjurkan bersama Pahang Go Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana untuk penganjuran JSD di negeri Pahang. Program dua hari ini berlangsung dari 21 hingga 22 September dan dijangka menarik kira-kira 2,000 pengunjung.

Seiring dengan hasrat Kementerian Digital yang memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu Kerajaan Digital, Ekonomi Digital dan Masyarakat Digital, JSD adalah kesinambungan daripada Kempen Saya Digital yang diperkenalkan pada tahun 2020.


Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran ekonomi digital.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan rakyat dalam menangani kos sara hidup, sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar.

Langkah ini juga selari dengan tonggak Pelan Digital Pahang 2021-2025, yang bertujuan menjadikan Pahang sebagai hab ekonomi dinamik melalui penggunaan teknologi digital, seterusnya menarik pelaburan bernilai tinggi dan menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, terutamanya kepada bakat muda tempatan.


Program JSD menumpukan kepada empat teras utamanya iaitu Saya Digital Literasi, Saya Digital Bisnes, Saya Digital Freelance, dan Saya Digital Kerjaya di mana ia memberi manfaat kepada B40, graduan menganggur, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pelajar sekolah dan universiti, serta usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).

Dengan mengambil peluang yang ada, golongan sasaran ini dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi digital negara.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )