NEW YORK,. Pemimpin dunia berhimpun di New York ketika Perbahasan Umum peringkat tinggi sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
NEW YORK,. Pemimpin dunia berhimpun di New York ketika Perbahasan Umum peringkat tinggi sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bermula pada Selasa, menandakan fasa utama minggu yang dipenuhi ucapan, mesyuarat dua hala dan libat urus diplomatik, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Hampir 130 ketua negara dan kerajaan dijangka hadir secara fizikal. Perbahasan Umum itu berlangsung hingga Sabtu dan akan berakhir pada Isnin, 28 Sept.
Tema tahun ini ialah “Memulihkan kepercayaan, mengurus transformasi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberikan manfaat kepada semua”. Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dijadual membentangkan laporan tahunannya mengenai kegiatan pertubuhan itu pada pembukaan.
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dijadual menyampaikan ucapan negara pertama, meneruskan tradisi yang telah lama diamalkan, diikuti Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selaku pemimpin negara tuan rumah.
Perhimpunan itu berlangsung ketika perang berlaku di Iran dan Ukraine serta ketegangan berterusan di Asia Barat, manakala pemimpin turut dijangka membincangkan perubahan iklim, kecerdasan buatan (AI), pembangunan mampan, kesiapsiagaan menghadapi pandemik dan cabaran global lain.
Beberapa mesyuarat peringkat tinggi turut diadakan di luar Perbahasan Umum itu, termasuk sesi mengenai tindakan iklim, kenaikan paras laut dan kesiapsiagaan menghadapi pandemik.
— BERNAMA-ANADOLU

