MSDeaf iktiraf sumbangan Fatimah dalam pembangunan sukan orang pekak

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

MSDeaf iktiraf sumbangan Fatimah dalam pembangunan sukan orang pekak

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini menerima anugerah daripada Persatuan Or

Aidilfitri medan perkukuh silaturahim, hargai kepelbagaian identiti Sarawak – Abang Johari
Ringgit dibuka rendah pada pagi ini
Josh Robinson dedah miliki darah keturunan Malaysia

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini menerima anugerah daripada Persatuan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf).

Anugerah disampaikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Dr Mohammed Taufik Johari pada Anugerah Sukan Pekak Kebangsaan 2025 (ASPN 2025) yang berlangsung di Dewan Jamuan Casa 4, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur.

Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlang beliau dalam pembangunan sukan orang pekak di Malaysia.

“Anugerah khas ini mengiktiraf dedikasi, kepimpinan dan sokongan berterusan YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah terhadap komuniti orang pekak, khususnya peranan penting beliau dalam menjayakan penganjuran Sukan Orang Pekak Malaysia Ke-22 (SOPMA XXII) di Sarawak.

“Kepimpinan inklusif beliau telah membantu meningkatkan martabat sukan orang pekak dengan memastikan pengiktirafan dan sokongan berterusan di peringkat negeri dan kebangsaan,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Majlis itu turut dihadiri barisan kepimpinan MSDeaf, wakil badan-badan sukan kebangsaan, atlet-atlet pekak negara serta para tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, Fatimah merakamkan penghargaan atas pengiktirafan tersebut dan menegaskan komitmen beliau untuk terus memperkasa pembangunan sukan inklusif.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah khas ini dan menganggapnya sebagai pengiktirafan kepada seluruh komuniti sukan orang pekak di Malaysia.

“Atlet pekak telah membuktikan bahawa keterbatasan bukanlah penghalang kepada kejayaan. Sokongan berterusan terhadap sukan inklusif akan terus diperkukuh bagi melahirkan atlet bertaraf dunia,” katanya.

Sementara itu Presiden MSDeaf Dr Ong Shin Ruenn, berkata penganugerahan tersebut mencerminkan penghargaan tinggi komuniti sukan orang pekak terhadap visi dan komitmen Fatimah.

Dr Ong turut memaklumkan kejayaan SOPMA XXII telah diperkukuhkan lagi dengan pengumuman insentif kemenangan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menjadi pemangkin kepada atlet pekak untuk terus cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MSDeaf berharap anugerah khas ini akan terus memperkukuh kerjasama antara kerajaan, badan-badan sukan dan komuniti dalam melahirkan atlet pekak Malaysia yang berdisiplin, berdaya saing dan bertaraf dunia.

-Agensi