MYeg akan laksana sistem pemantauan cukai di lebih 30 bandar di Indonesia

MYeg akan laksana sistem pemantauan cukai di lebih 30 bandar di Indonesia

KUALA LUMPUR,. Syarikat bersekutu MY E.G. Services Bhd di Indonesia, PT Cartenz Inti Utama mendapat mandat tambahan daripada kerajaan untuk melaksanakan sistem pemantauan cukai di lebih 30 bandar selepas pelancaran program perintisnya di Jakarta.

Pengarah Urusan MYEG T.S. Wong berkata pengembangan perkhidmatan di lebih banyak wilayah itu akan memperkukuh kedudukan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan e-kerajaan yang utama di Indonesia dan memperluas kehadirannya dalam sektor runcit.

Kumpulan itu dalam kenyataan hari ini berkata baru-baru ini pihaknya telah menerima kontrak daripada kerajaan di tujuh lagi wilayah di Indonesia untuk melaksanakan sistem berasaskan boleh caj melibatkan 30 bandar.

Syarikat itu mula melaksanakan pemantauan masa nyata transaksi perniagaan untuk tujuan pengiraan cukai sejak memulakan usaha sama itu pada 2018.

Pemasangan di premis perdagangan runcit sedang dilaksanakan di Jakarta pada masa ini menerusi program perintis yang ditawarkan tanpa caj.

Anak syarikat milik penuh tidak langsung MYEG, MY EG (Indonesia) Sdn Bhd membeli saham baharu membabitkan 40 peratus kepentingan ekuiti di PT Cartenz Inti Utama bernilai US$10 juta tahun lepas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This