NETFLIX PEROLEH HAK PENYIARAN EKSKLUSIF PIALA DUNIA 2030 DI SEPANYOL, ANDORRA

HomeFeaturedBerita Semasa

NETFLIX PEROLEH HAK PENYIARAN EKSKLUSIF PIALA DUNIA 2030 DI SEPANYOL, ANDORRA

MADRID,. Syarikat penstriman Netflix mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah memperoleh hak penyiaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2030 di Sepanyol dan

LAMBAKAN DATA, AI KINI CABARAN UTAMA SISTEM STATISTIK NEGARA – DOSM
Ops Daya: 1,638 syarikat lagi dikesan terlibat kemuka tuntutan palsu
KANADA LANJUTKAN SEBAHAGIAN PENGECUALIAN TARIF KE ATAS IMPORT DARI AS

MADRID,. Syarikat penstriman Netflix mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah memperoleh hak penyiaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2030 di Sepanyol dan Andorra, sekali gus menandakan langkah sulungnya dalam penyiaran utama bola sepak antarabangsa lelaki, lapor Xinhua.

Syarikat itu berkata pihaknya akan menyiarkan kesemua 104 perlawanan kejohanan berkenaan, yang akan dianjurkan bersama oleh Sepanyol, Portugal dan Maghribi, dengan tiga perlawanan sambutan ulang tahun ke-100 turut berlangsung di Amerika Selatan.

“Tidak banyak acara yang mampu menyatukan orang ramai seperti Piala Dunia,” kata Ketua Pegawai Kandungan Netflix Bela Bajaria.

“Dengan Sepanyol bakal menjadi tuan rumah pada 2030, kami teruja untuk membawakan setiap perlawanan kepada peminat di seluruh Sepanyol dan Andorra menerusi Netflix.”

Netflix mengesahkan bahawa satu perlawanan bagi setiap pusingan akan ditawarkan secara percuma di Sepanyol manakala pakej yang merangkumi semua perlawanan Sepanyol, kedua-dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan ditawarkan kepada stesen penyiar televisyen nasional tidak berbayar.

Pengaturan itu akan memastikan penonton yang tidak melanggan Netflix masih boleh menyaksikan beberapa perlawanan terbesar kejohanan itu.

Pengambilalihan hak penyiaran itu menandakan peluasan ketara portfolio sukan langsung Netflix ketika platform penstriman itu semakin menceburi penyiaran acara sukan utama.

— BERNAMA-XINHUA