Pantai ikonik Australia, Pantai Bondi, bakal diberi nafas baharu

SYDNEY,. Pantai Bondi yang terkenal di Australia bakal diberi nafas baharu menerusi peruntukan berjuta-juta dolar dengan pendedahan pelan bagi menaik taraf menara penyelamat dan fasiliti pantai ikonik itu untuk menampung kehadiran pelancong yang semakin meningkat.

Kira-kira AUD8 juta (US$5.4 juta) akan dibelanjakan untuk menaik taraf menara penyelamat dan blok tempat mandi berhampiran, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan The Daily Telegraph.

Pengubahsuaian di menara penyelamat itu adalah antara peringkat pertama pembangunan yang menelan kos sebanyak AUD70 juta (US$47.2 juta), yang turut menyaksikan fasiliti awam di sepanjang pantai tersebut dinaik taraf.

Langkah itu diambil bagi memastikan Pantai Bondi terus mengekalkan statusnya sebagai destinasi pilihan dan pantai paling digemari di Australia selain berupaya menampung kehadiran pelancong yang dijangka meningkat pada masa akan datang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )