PARLIMEN EROPAH SETUJU PENGELUARAN PERMIT UNTUK PROJEK PERTAHANAN DIPERCEPAT

HomeFeaturedBerita Semasa

PARLIMEN EROPAH SETUJU PENGELUARAN PERMIT UNTUK PROJEK PERTAHANAN DIPERCEPAT

ISTANBUL,. Parlimen Eropah pada Rabu bersetuju mempercepat pengeluaran permit bagi projek pertahanan sebagai sebahagian daripada langkah terkini memp

Tentera Darat tangguh latihan bom tangan, siasatan insiden letupan disegerakan – Mohamed Khaled
Taska disyaki langgar SOP, tidak berdaftar
Trump mahu keselamatan dewan Rumah Putih berstatus rahsia ketenteraan tertinggi’

ISTANBUL,. Parlimen Eropah pada Rabu bersetuju mempercepat pengeluaran permit bagi projek pertahanan sebagai sebahagian daripada langkah terkini memperkukuh kesiapsiagaan benua itu, lapor Anadolu Ajansi.

Badan perundangan tersebut meluluskan perubahan bagi menyegerakan pelaburan pertahanan dan meningkatkan kesiapsiagaan blok itu dalam menangani cabaran keselamatan, menerusi satu pakej cadangan di bawah langkah penyelarasan prosedur Kesatuan Eropah (EU) yang dikenali sebagai “Omnibus V”.

Menerusi langkah itu, parlimen berhasrat mempermudah prosedur perolehan keselamatan dan pertahanan serta kerjasama EU dalam kontrak pertahanan.

Pihak parlimen bersetuju untuk mempercepat kelulusan permit bagi projek pertahanan dan eksport peralatan pertahanan antara negara-negara EU.

Usul tersebut diluluskan dengan 540 undi menyokong, 105 menentang dan 22 berkecuali.

Peraturan baharu itu menetapkan tempoh standard di seluruh EU selama 42 hari bekerja bagi keputusan pengeluaran permit, namun pihak berkuasa negara boleh melanjutkan tempoh tersebut sehingga 60 hari dalam keadaan luar biasa.

Parlimen juga bersetuju dengan langkah-langkah untuk menghapuskan halangan kawal selia bagi memudahkan serta mempercepat perolehan awam dalam sektor pertahanan serta pemindahan produk berkaitan pertahanan dalam kalangan negara anggota EU.

— BERNAMA-ANADOLU