Peningkatan peruntukan petunjuk positif pembangunan Kertas Putih Pertahanan

Peningkatan peruntukan petunjuk positif pembangunan Kertas Putih Pertahanan

KUALA LUMPUR,. Peningkatan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2020 merupakan petunjuk positif kepada pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap keutamaan rancangan masa hadapan pertahanan negara.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen kerajaan dengan memberi peruntukan lebih baik kepada ATM dalam pembentangan Belanjawan 2020,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata sebagai penerima kelima terbesar, ATM akan menggunakan peruntukan itu sebaiknya untuk mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan demi kedaulatan negara.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat mengumumkan peruntukan RM15.6 bilion bagi Kementerian Pertahanan pada tahun depan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )