Ringgit rendah pada pagi

Ringgit rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar US pada Selasa berikutan pelabur berhati-hati mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua dan pertikaian yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjelang rundingan perdagangan mereka pada 15 Ogos ini.

Pada 9.31 pagi, unit tempatan berada pada 4.2000/2050 berbanding dolar US, daripada 4.1930/1980 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata unit tempatan dijangka susut menjelang rundingan perdagangan AS-China pada minggu ini.

“Bagaimanapun, pada amnya, ringgit merosot berbanding dolar US selepas laporan pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan pada Jumaat lepas, yang menyaksikan permintaan terhadap dolar US meningkat secara menyeluruh,” katanya.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan data suku kedua pada Jumaat.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali euro.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0577/0615 daripada 3.0515/0558, berbanding yen Jepun kepada 3.9585/9636 daripada 3.9553/9608 dan berbanding pound kepada 5.4915/4985 daripada 5.4752/4822.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding euro kepada 4.9266/9329 daripada 4.9301/9377 pada Isnin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )