Singapura catat kes keempat positif koronavirus

Singapura catat kes keempat positif koronavirus

SINGAPURA,. Kes keempat jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) telah dikesan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan republik itu pada Ahad.

Memetik laporan Channel News Asia, kes terbaharu ini melibatkan seorang lelaki berumur 36 tahun dari Wuhan, China yang tiba di Singapura bersama keluarganya Rabu lalu.

Pihak kementerian memaklumkan, individu tersebut kini sedang dirawat di bilik pengasingan di Sengkang General Hospital (SKH) di mana keadaanya dilaporkan stabil.

Mangsa dikatakan tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan koronavirus semasa dalam penerbangannya ke Singapura, dan telah menginap di Village Hotel Sentosa.

Bagaimanapun, dia dilaporkan mula mengalami batuk-batuk pada Khamis sebelum dimasukkan ke wad kecemasan SKH pada hari berikutnya selepas disyaki dijangkiti virus berkenaan.

Dia kemudiannya disahkan positif koronavirus selepas keputusan ujian makmal dikeluarkan pada jam 9:30 malam Sabtu.

Pihak kementerian juga kini sedang mengesan individu yang telah bersentuhan dengan mangsa.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )