Tiada penyalahgunaan data TikTok di Australia

Tiada penyalahgunaan data TikTok di Australia

WASHINGTON,. Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyatakan tiada bukti bahawa aplikasi popular milik China, TikTok menyalahgunakan data ratusan juta penggunanya.

“Kami sudah melihat perkara ini ini dengan baik dan tiada bukti ada penyalahgunaan data pengguna. Banyak perkara di TikTok yang cukup memalukan di khalayak ramai, tetapi ia adalah alat media sosial,” katanya pada pertemuan melalui tele-konferensi Forum Keselamatan Aspen di Aspen, Colorado, Amerika Syarikat.

Namun begitu, penduduk Australia perlu tahu bahawa TikTok dan platform media sosial lain termasuk syarikat milik AS, mempunyai sejumlah besar maklumat mengenai pengguna dan pelanggannya.

Perbezaannya dengan TikTok adalah maklumat boleh diakses tanpa had merujuk kepada undang-undang syarikat China untuk berkongsi data dengan perkhidmatan perisikan negara jika mereka menginginkannya.

“Tetapi kita beranggapan semua orang harus memahami bahawa ada proses pembeli berhati-hati, di mana pada masa ini tidak menunjukkan kepada kita kepentingan keselamatan sudah dikompromi.

“Tidak ada sebarang alasan untuk kami menghalang aplikasi itu ketika ini. Tetapi kami akan memerhatikannya,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada ancaman keselamatan negara, Presiden AS, Donald Trump berkata, beliau memberi masa enam minggu kepada syarikat induk TikTok, ByteDance untuk menjual aplikasinya kepada syarikat Amerika atau tidak.

Microsoft juga dikatakan sedang berbincang dengan ByteDance, dan sebarang perjanjian itu turut membabitkan perniagaan TikTok di Australia.

Terdahulu, duta China di AS, Cui Tiankai dalam Forum Keselamatan Aspen berkata, langkah AS untuk memaksa penjualan TikTok melanggar prinsip pasaran bebas.

“Terdapat tahap campur tangan politik, kerajaan ke dalam pasaran di mana wujud diskriminasi terhadap syarikat China iaitu syarikat swasta.

“Menuduh China tidak memberikan persaingan yang setara kepada perusahaan-perusahaan Amerika sedangkan pada masa yang sama mereka sendiri menafikan persaingan yang setara, ini tidak adil,” katanya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )