Ahmad Zahid seru ahli UMNO syukuri keputusan, hormati proses pengampunan Najib

HomeFeaturedBerita Semasa

Ahmad Zahid seru ahli UMNO syukuri keputusan, hormati proses pengampunan Najib

JAKARTA,. Ahli UMNO diseru mensyukuri keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tetap menjaga a

Tugas pertahan kedaulatan negara tanggungjawab bersama – Khaled
Malaysia minta Trump kekal teguh galak keamanan termasuk di Gaza
Malaysia perkukuh kedudukan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS – Mohamad Hasan

JAKARTA,. Ahli UMNO diseru mensyukuri keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tetap menjaga adab dan menghormati proses yang ditetapkan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sejak awal mengambil pendekatan penuh tertib dan rendah hati dalam membawa permohonan berkenaan menerusi saluran yang ditetapkan.

“Penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Halal 20 di sini hari ini.

Beliau juga menyifatkan keputusan itu sebagai perkembangan amat bermakna yang membawa kelegaan besar kepada Najib, keluarganya serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini menaruh harapan dan mendoakan beliau.

“Dengan segala kerendahan hati, UMNO menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas perkembangan ini. Limpah ihsan Tuanku membawa kelegaan yang amat besar buat Najib dan keluarga serta akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan oleh seluruh keluarga UMNO,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh tahanan di rumah.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara hari ini.

–BERNAMA