Liverpool ada kes positif COVID-19

Liverpool ada kes positif COVID-19

LONDON,. Hanya beberapa hari selepas memulakan kem latihan pra musim, Liverpool dilanda kes positif COVID-19.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini berada di Austria untuk persiapan menghadapi kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Semalam, satu kes positif dilaporkan dalam kem berkenaan walaupun tidak didedahkan sama ada ia membabitkan pemain atau kakitangan kelab.

Sesi latihan bagaimanapun diteruskan seperti biasa, dengan jurucakap kelab enggan mengulas lanjut.

Liverpool pada awalnya merancang untuk ke Evian di Perancis bagi kem latihan Ogos tetapi terpaksa menukar rancangan apabila kerajaan United Kingdom meletakkan negara itu dalam senarai kuarantinnya.

Skuad juara Inggeris itu dijangka akan terus berada di Salzburg sepanjang minggu ini sebelum mengharungi siri perlawanan persahabatan.

Liverpool akan berdepan Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti di Wembley pada 29 Ogos ini. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )