Mbappe teruja dikaitkan dengan Liverpool

Mbappe teruja dikaitkan dengan Liverpool

PARIS,. Bintang Paris Saint-Germain dan Perancis, Kylian Mbappe dilaporkan ‘sangat teruja’ dengan minat ditunjukkan Liverpool terhadapnya.

Skuad Reds sudah lama dikaitkan dengan bintang Perancis itu dengan pengurusnya, Jurgen Klopp tidak berahsia mengagumi pemain berusia 21 tahun itu.

Akhbar Perancis, Le10Sport mendakwa bulan lalu Klopp menghubungi ayah Mbappe, Wilfried bagi membincangkan potensi untuk berhijrah musim panas ini.

Dan kini mereka melaporkan ia adalah perpindahan yang amat dihargai pemenang Piala Dunia itu.

Skuad Reds kini mencari nama besar sekiranya pemain Senegal, Sadio Mane meninggalkan kelab berkenaan.

Bagaimanapun pembelian Mbappe pastinya perlu memecahkan rekod dunia untuk seorang pemain bola sepak.

Rekod ketika ini ialah £198 juta pound (RM1.06 bilion) dibayar Paris Saint Germain untuk mendapatkan Neymar pada 2017.

Dikatakan sekitar £250 juta (RM1.338 bilion) diperlukan untuk mendapatkan Mbappe, namun pasaran pemain terganggu berikutan COVID-19 dan nama-nama besar mungkin boleh dibeli lebih murah.

Kebangkitan Liverpool dalam Liga Perdana sejak kebelakangan ini membuatkan Klopp merasakan bahawa pemain terbaik dunia melihat Anfield sebagai destinasi pilihan.

Begitupun pengendali dari Jerman itu sebelum ini mengakui peluang untuk mendapatkan pemain seperti Mbappe masih sukar. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This